Jontih Enggihon Bekas CEO SMM pasti akan didakwa salah guna kuasa begitu Dato’ Albert Tei kartel mineral akan didakwa kerana cuba memberi dan gagal melaporkan rasuah.
Dato' Albert Tei bukan ‘Whisteblower’ beliau adalah punca mengapa rasuah ini berlaku. Apa yang patut beliau lakukan ialah melaporkan rasuah lebih awal bukan ketika 13 syarikat miliknya yang diberi kelulusan palsu oleh Jontih Enggihon dibatalkan.
Mengugut di media, mengaku beri rasuah sehingga RM3 juta dan mendedahkan segala butiran rasuah hanya satu dendam kerana tidak mendapat sesuatu. Punca rasuah mest diselesaikan dahulu sebagai pengajaran dan precedent case. Pemberi dan gagal melapor rasuah tidak boleh dilindungi.
Pendakwaan terhadap Albert Tei sangat tepat dan dijangka Jontih Enggihon bekas CEO SMM akan turut akan didakwa kerana salahgunakuasa menggunakan surat palsu kepada syarikat Albert Tei
[ARTIKE BERKAITAN- Rasuah dan salah guna kuasa lesen mineral: Jontih, Bekas CEO SMM dan Dato’ Albert Tei bakal didakwa ]
Hari ini Peguam Albert Tei melaporkan anak guamnya Dato’ Albert Tei akan didakwa pada 30 Jun nanti. Peguamnya Mahajoth Singh atau Lathefa Koya tidak perlu merasa terkejut dan kecewa kerana ia sendiri tahu anak guamnya aadalah punca berlakunya rasuah dan salahguna kuasa oleh bekas CEO SMM.
Mahajoth berkata, apabila dia dan anak guamnya tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya petang tadi, mereka dimaklumkan bahawa "arahan daripada atas" telah diterima untuk sebaliknya mendakwa anak guamnya.
Tan Sri Azam Baki KP SPRM sejak awal video terdedah memaklumkan Albert Tei tidak layak sebagai Whistleblower kerana dia bersekongkol bersama. Malah tidak pernah hadir sendiri melaporkan sebelum ini. Ini bukan kepentingan awam tetapi kepentingan Albert Teri sendiri.
Albert, ditahan sebaik tiba di pejabat SPRM dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000.
Sebelum ini media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata dua Adun Sabah dan seorang orang awam akan didakwa berhubung skandal itu.
Setakat maklumat yang diperolehi Sabahkini2 Adun yang bakal didakwa ialah Datuk Yusof Yaakub Adun Sindumin. Siapa pun didakwa sama ada adun atau individu lain amat Albert Tei tidak boleh dilepaskan. Penglibatan rasuahnya sangat ketara dan di depan mata.