Lagi skandal CEO ECoS: Datuk Ir Nasser tipu Kerajaan Sabah lantik syarikat kroni dari Malaya dan 'cap ayam' projek LSS Sabah
09:06 Jun 17, 2025  |  By SabahKini2
 Lagi skandal CEO ECoS: Datuk Ir Nasser tipu Kerajaan Sabah lantik syarikat kroni dari Malaya dan 'cap ayam' projek LSS Sabah

Selepas sambung konsesi IPP seperti Libaran (RM85 juta setahun), Serudong (RM 61.32 juta) & sewa genset interim diesel RM1.094 Bilion untuk 2 tahun kini kantoi lagi 15 syarikat LSS yang dilantik kebanyakan asal 'Malaya' dan ada syarikat teruk!

Nampaknya skandal Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid belum terhenti. Tiga artikel sebelum ini telah membongkar penyelewengan CEO ECoS

ARTIKEL BERKAITAN : 17 April 2025 - Kerajaan Sabah digesa tamatkan CEO ECoS luluskan IPP Libaran milik besan Muhyiddin tanpa restu kabinet!

ARTIKEL BERKAITAN : 20 April 2025 - IPP Serudong: CEO ECoS tipu Kerajaan Sabah, sambung konsesi 2 tahun bayar RM61.32 juta kepada Syarikat Kartel!

ARTIKEL BERKAITAN :28 April 2025- Skandal Sewa Genset Interim Diesel 100MW: CEO ECoS gila minta Kerajaan Sabah tanggung kos RM1.094 Bilion untuk 2 tahun

 

Skandal Sewa Genset Interim Diesel 100MW: CEO ECoS gila minta Kerajaan Sabah tanggung kos RM1.094 Bilion untuk 2 tahun

 

SKANDAL PROJEK PROJEK SOLAR BERSKALA BESAR (LSS)

Kini satu lagi salah guna kuasa dan penyelewengan dilakukan oleh CEO ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser ialah Skandal pelantikan Syarikat konsesi projek Solar Berskala Besar (LSS) kepada 15 syarikat di Sabah termasuk kepada syarikat berstatus ‘cap ayam’ di Sabah

Pada 12 Disember 2024, Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah mengumumkan penganugerahan projek Solar Berskala Besar (LSS) kepada 15 syarikat melalui proses pembidaan LSS Sabah 2024. Projek-projek ini mempunyai jumlah kapasiti penjanaan sebanyak 199 megawatt (MW), dengan lapan projek (113MW) terletak di Pantai Barat dan tujuh projek (86MW) di Pantai Timur Sabah

CEO EcOS , Datuk Ir Nasser menggunakan Majlis Tenaga Sabah (MTS) untuk menyusun semua pelan kroninya meningkatkan jumlah kapasiti LSS di Sabah melebihi 350MW atau 23% daripada campuran kapasiti penjanaan negeri menjelang 2027

Alasan Nasser dan ECoS untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi bahan api, terutamanya di Pantai Timur, serta meningkatkan kestabilan grid elektrik.

Beliau juga menggunakan Majlis Tenaga Sabah (MTS) untuk memperakukan Pelan Induk Pembangunan Hidro Sabah (SHDM) untuk pelaksanaan selama 10 tahun (2028 hingga 2037).

Benarkah LSS mengurangkan kebergantungan kepada subsidi bahan api dan meningkatkan kestabilan grid elektrik?

Faktanya penyambungan konsesi IPP seperti Libaran (RM85 juta setahun)Serudong (RM 61.32 juta) dan sewa genset interim diesel Kerajaan Sabah menanggung kos RM1.094 Bilion untuk 2 tahun. Berbilion ringgit ditanggung hanya kerana menyambung khidmat konsesi untuk 2 tahun. Isu IPP yang sepatutnya diselesaikan oleh TNB/SESb sejak 20 tahun lalu sebelum konsesi IPP tamat tetapi terpaksa diteruskan selepas perjanjian konsesi tamat. Kos Kerajaan Sabah sedikit pun tidak berkurang tetapi CEO ECoS menipu Kerajaan Sabah dengan helahnya.

Ada sesuatu tidak kena dengan Projek LSS kerana  mencetuskan kontroversi besar apabila terbongkar bahawa keputusan tersebut dibuat tanpa kelulusan penuh daripada Kabinet Negeri Sabah dan dilakukan secara tidak telus oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid. Apa sebenarnya CEO EcoS lakukan?

Penipuan oleh Nasser (ECoS) terhadap Majlis Tenaga Berhubung Penganugerahan Tender LSS Sabah 2024:

  1. Tidak Memaklumkan kepada Majlis tentang Syarikat Pemenang Tender:
    Nasser tidak memaklumkan kepada Majlis Tenaga siapa syarikat-syarikat yang memenangi tender tersebut. Difahamkan bahawa beberapa syarikat dari Semenanjung Malaysia telah dianugerahkan projek, walaupun terdapat banyak syarikat tempatan dari Sabah yang mampu menawarkan kadar harga yang setara — namun mereka tidak diberikan peluang.

  2. Tidak Memaklumkan Mengenai Tarif yang Diluluskan:
    Majlis tidak dimaklumkan mengenai kadar tarif yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat tersebut, menjadikan proses ini tidak telus dan menimbulkan persoalan tentang ketelusan penilaian ekonomi projek.

  3. Tidak Membentangkan Penilaian Teknikal Tender:
    Tiada maklumat atau perbincangan teknikal dibentangkan kepada Majlis berkenaan kesesuaian atau kebolehlaksanaan teknikal projek-projek yang dipilih, walaupun aspek ini penting untuk menilai kesan terhadap grid dan kebolehpercayaan bekalan tenaga di Sabah.

 

15 Konsortium Diragui: Siapa syarikat dilantik?

Dalam projek LSS Sabah 2024, Datuk Abdul Nasser telah meluluskan 15 syarikat atau konsortium yang terdiri daripada entiti dari Semenanjung (Malaya), GLC Sabah dan syarikat-syarikat yang tiada rekod prestasi kukuh dalam tenaga boleh diperbaharui. Malah, dalam pengumuman awam dan pembentangan kepada pihak kerajaan negeri, identiti 15 konsortium ini tidak pernah dimaklumkan secara terperinci.

Ada syarikat dipilih prestasi kewangan memang teruk hanya bergantung kepada syarikat rakan niaga
dari Malaya sebagai syarat kelihatan pemegang saham Sabah

 ANALISIS 15 KONSORTIUM DAN LOKASI PROJEK LSS SABAH 2024

Daripada 15 projek di 15 lokasi yang dianugerahkan:

  • Hanya 5 projek melibatkan syarikat Sabah sepenuhnya;

  • 10 projek lain melibatkan syarikat Semenanjung, sama ada sebagai pemilik tunggal atau rakan gabungan;

  • 12 daripada 15 projek adalah kerjasama pelbagai syarikat (konsortium);

  • Semua 15 projek mencatatkan harga tawaran melebihi RM0.20 sen/kWh, dengan kadar tertinggi mencecah RM0.2450/kWh;

  • Kadar purata tarif daripada semua projek ialah sekitar RM0.231/kWh, iaitu jauh lebih tinggi berbanding kadar munasabah pasaran semasa;

  • Antara GLC Sabah terlibat ialah Jetama Sdn Bhd, dan Sabah Energy Corporation.

  • 3 anak Syarikat senarai awam seperti TNB Renewables Sdn Bhd /Sabah Electricity Sdn Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd  (Nestcon Berhad ) dan Coastal Solar Sdn Bhd (Coastal Contracts Bhd)

 

 
Hanya TNB terbukti boleh melaksanakan itupun dilihat gagal di Sabah

 

 Contoh kadar tinggi yang membebankan:

  • Projek di Babagon Dam oleh Jetama dan Jesselton Solar Services (13.21MW)RM0.2450 sen/kWh;
  • Projek Sungai Batang Sandakan oleh Konsortium Kuasa Solar Sdn Bhd dan ATK DevelopmentRM0.2379 sen/kWh;
  • Projek di Kimanis oleh Konsortium Nestcon Infra Sdn Bhd dan Frontier EcologyRM0.2390 sen/kWh;

Projek seperti ini bukan sahaja mahal, tetapi gagal mengutamakan pemain industri tempatan dan meletakkan tanggungan kos kepada kerajaan dan pengguna Sabah dalam jangka panjang.

 Bukti tarif ditetapkan syarikat mahal

 

 

Jika dinilai dari merit asas bagi 15 projek Solar Berskala Besar (LSS) yang dianugerahkan pada tahun 2024 berdasarkan Kewangan syarikat (Retained Earnings, Penglibatan dalam industri tenaga, Pemilikan tempatan (syarikat Sabah dan Status tersenarai awam (public listed)

Setiap kriteria dinilai antara 1 hingga 2 mata, dengan skor maksimum ialah 8 mata.

Terdapat syarikat yang dianugerahkan projek walaupun mempunyai prestasi kewangan negatif dan tiada kepakaran tenaga. Akan datang Sabahkini2 akan memperincikan setiap 15 Profil konsortium yang dilantik bagi melihat kegagalan CEO ECoS! malang sungguh syarikat 'Cap Ayam' pun boleh dilantik. 


Masalah Teknikal dan Beban Kewangan

Merujuk kepada Pelan Grid Elektrik Negeri Sabah 2021 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS):

  • Kapasiti boleh harap (dependable capacity) seluruh negeri hanyalah sekitar 1,180 MW.

  • Purata kapasiti pemindahan tenaga (average power transfer) antara Pantai Barat dan Pantai Timur hanyalah 216 MW, terlalu rendah untuk menampung gangguan atau lonjakan tenaga akibat pelaksanaan projek LSS di kawasan terpencil.

  • Projek sedia ada seperti LSS Tadau (50MW) sendiri diiktiraf oleh ECoS sebagai tidak boleh diharap kerana isu intermitensi (ketidaktentuan pengeluaran tenaga akibat faktor cuaca seperti awan).

Projek Solar Berskala Besar (LSS) Tadau Energy Sdn Bhd di Kudat Sabah

 

  • Grid Sabah masih bergantung kepada talian 132kV dan 275kV yang sangat terhad sambungannya, terutama ke kawasan Pantai Timur dan pedalaman — menjadikan cadangan sambungan serentak bagi 15 projek LSS sebagai sesuatu yang tidak praktikal dari sudut kejuruteraan.

 

Rajah sistem grid yang dimiliki Sabah Electricity (Dulu SESB) di atas  membuktikan bahawa beban asas grid Sabah masih banyak bergantung kepada jana kuasa gas di pantai barat (seperti SPR, RPII dan KPSB), serta beberapa mini hidro dan loji biojisim berskala kecil di pantai timur. Penggunaan sistem grid yang terhad dan berpecah ini tidak direka bentuk untuk menyokong projek LSS berasingan yang berskala besar.

Oleh itu Pelaksanaan projek LSS 2024 ini dijangka menimbulkan masalah teknikal dan kewangan yang serius, antaranya:

  1. Kos Tinggi Berdasarkan Kapasiti Penjanaan MW
    • 15 sambungan 11KV berbeza perlu dibina.
    • 15 pasukan kakitangan kompeten perlu diwujudkan untuk setiap tapak.
    • 15 kajian Power System Studies (PSS) berasingan perlu dilakukan.

  2. Kebolehpercayaan LSS Secara Bersendirian Diragui
    • Awan lalu menyebabkan output jatuh kepada sifar.
    • Grid Sabah tidak mampu tampung kehilangan ini kerana margin simpanan tenaga terlalu rendah.
    • Risiko catuan bekalan elektrik (load shedding) meningkat. 

  3. Kadar Tarif Tidak Munasabah
    • Kadar pasaran semasa yang wajar ialah RM0.20 sen/kWh ke bawah.
    • Namun ECOS meluluskan purata RM0.24 sen/kWh untuk LSS 2024.
      Kerajaan Sabah akan rugi namun siapa akan untung selepas Sabah Electricity milik kerajaan negeri?

  4. Isu BESS (Battery Energy Storage System)
    • Projek BESS 100MW SESB tidak sesuai sebagai base load.
    • BESS hanya sesuai digunakan secara ringkas untuk sokongan waktu malam, bukan menggantikan genset diesel.


Pelantikan anak syarikat SEAL Incorporated Bhd,  MSR Green Energy Sdn Bhd milik  taikun Cina Semenanjung Aaron Chen Khai Voon 
bernilai RM645 juta lebih mahal dari pembekal lain akan menyebabkan Kerajaan Sabah akan menanggung subsidi RM50 juta setahun. Projek BESS ini tidak akan menyelesai masalah bekalan Elektrik malah projekBESS tidak sesuai sebagai base load LSS.
Isu Projek BESS pernah dibangkitkan oleh beberapa portal sebelum ini. Kroni siapa?



Kesan Terhadap Kerajaan Sabah

Kerajaan Sabah akan menanggung kos ini selepas Sabah Electricity di kembalikan kepada Kerajaan Sabah. Jika sebelum ini semua peruntukan Kerajaan Pusat diberi kepada TNB Bhd bagi mengurus Sabah Electricity kini Kerajaan Sabah akan menanggung liabliti termasuk semua perjanjian TNB dengan syarikat-syarikat IPP di Sabah. Konsesi LSS adalah satu beban baru buat Kerajaan Sabah.

Projek ini berisiko tinggi menyebabkan kerajaan negeri Sabah menanggung kerugian besar akibat:

  • Kos pembinaan dan integrasi sistem yang tinggi.
  • Ketidakstabilan grid jika terlalu bergantung pada LSS tanpa beban asas yang kukuh.
  • Ketirisan dari segi pemilihan syarikat tidak layak yang boleh menyebabkan kelewatan atau kegagalan projek.

 

Tuntutan Ketelusan dan Siasatan

Pendedahan ini mencetuskan desakan agar satu siasatan khas dijalankan terhadap Datuk Ir. Abdul Nasser oleh SPRM dan audit bebas dilaksanakan terhadap semua kontrak LSS yang telah dianugerahkan.

Kerajaan Sabah dan Kementerian Kewangan Negeri digesa membekukan serta menyemak semula kesemua surat tawaran (LOA) dan perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang ditandatangani sehingga laporan penuh dibentangkan.

Skandal ini merupakan simbol kepincangan tadbir urus tenaga di Sabah dan memberi kesan jangka panjang kepada kestabilan bekalan elektrik serta kewangan negeri.

Kerajaan Sabah wajar menilai semula pelantikan 15 konsortium ini.  Tetapkan syarat minimum kelayakan dari segi kewangan dan pengalaman dalam sektor tenaga. Lantik Audit bebas  terhadap proses pemilihan syarikat dan keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan Sabah yang benar-benar layak bukan seperti senarai sekarang pilihan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid 

 

19 Comments